Saturday 12 October 2013

Ketidakselesaan Sendi

Tahukah anda 1 daripada 5 orang Malaysia akan menghidap arthritis?

Kelancaran dan keselesaan pergerakan bergantung kepada sebaik mana sendi-sendi pada badan berfungsi. Sendi terdapat di bahagian siku, bahu, pergelangan tangan, lutut, pinggul dan buku lali. Sendi yang sihat beroperasi seperti sebuah mesen yang disaluti dengan minyak pelincir yang secukupnya, disamping tulang yang dikusyenkan oleh bendalir sendi dan tisu penyambung yang membolehkan otot dan tendon serta setiap anggota bergerak dengan mudah. Dalam badan normal, tisu penyambung sentiasa dihasilkan dan diganti baru.

Cabaran Pada Sendi

Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menyebabkan tekanan terhadap sendi bertambah. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kesihatan tisu penyambung sendi merosot. Dalam keadaan sebegini, tisu penyambung rosak dengan lebih cepat berbanding kadar pembentukan semula. Seterusnya menjadi punca pemula kepada masalah sendi yang lebih teruk.

Sendi Yang Sihat

Berikut adalah rupa sendi yang sihat. Terdapat beberapa komponen yang memainkan peranan penting pada setiap sendi.

Tulang Rawan 
- Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi.
- Membenarkan tulang-tulang untuk bergeluncur atas satu sama lain

Bendalir Sinovia
- Sebagai pelincir dalam sendi
- Memberi khasiat kepada tulang rawan

Komponen Lain
Tendon - Struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
Ligamen - Serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama

Sendi Yang Tidak Sihat

Rheumatoid Arthritis (RA)
- Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang sel sarah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
- Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.

Osteoarthritis (OA)
- Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain.
- Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

Seliuh
- Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi.
- Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.
Tendinitis
- Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon.
- Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Simptom- Simptom Sendi Yang Tidak Sihat

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawa, anda berkemungkinan mengalami masalah sendi!
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Mereka Yang Berisiko Sakit Sendi

Antara golongan yang mudah mendapat sakit sendi ialah:
  • Wanita yang selalu memakai kasut tumit tinggi
  • Ahli sukan
  • Golongan berusia
  • Merekan yang mempunyai berat berlebihan
  • Mereka yang mengamalkan senaman secara berlebihan
  • Kanak-kanak sekolah yang membawa beg sekolah berlebihan had dan lain-lain lagi
Situasi sakit sendi yang disebabkan oleh penuaan:
  • Semakin meningkat usia, tulang-tulang kehilangan kalsium dan mineral menyebabkan kepadatan tulang turut berkurang.
  • Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis dan mampat.
  • Sendi-sendi menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi mungkin berkurang dan tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain menyebabkan kesakitan.

Jadi, adakah anda salah seorang yang MENGALAMI KETIDAKSELESAAN SENDI? 

APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI untuk mengatasi ketidakselesaan sendi?


Advanced Joint Health Tablet 
ADVANE JOINT HEALTH
OSTEMATRIX
OMEGA GUARD
Advanced Joint Health Tablet, Ostematrix dan OmegaGuard adalah cadangan set suplemen terbaik untuk mengatasi ketidakselesaan sendi! :) KETAHUI FAEDAH PENGAMBILAN SUPLEMEN-SUPLEMEN BERKENAAN DALAM ENTRY YANG SETERUSNYA! :))


Hubungi saya untuk maklumat lanjut pengambilan vitamin semulajadi:

TIMAH BT AHMAD
Call/ SMS - 016-8679523

No comments :

Post a Comment