Bagi setiap pasangan yang inginkan cahaya mata,kepentingan dalam memastikan pengambilan makanan yang sihat adalah penting. Ini adalah kerana, apa yang berlaku pada sekarang adalah bergantung kepada apa yang anda makan sebelum ini. Jadi, bagi memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, jadi perlu sebagai ibu bapa, kita menerapkan pemakanan yang sihat dalam diri kita terlebih dahulu.
Namun begitu, terdapat juga pasangan yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata.. Bila membuat pemeriksaan dengan doktor pakar, doktor memberitahu bahawa kedua-dua pasangan adalah subur. Pelbagai kaedah telah dilakukan, namun tidak berhasil. Pernahkah anda terfikir bahawa, cara pengambilan makanan, mungkin antara penyebab anda sukar mendapat anak? Jika anda menjawab Ya, mari kita kenali apakah makanan yang boleh membantu meningkatkan kesuburan si isteri.
1. Susu, Keju, Yogurt & Ais Krim
- Kalsium adalah antara nutrisi yang penting bagi perempuan dalam semua tahap kehidupan, termasuk kehamilan.
- Kebanyakan ibu hamil memahami betapa pentingnya untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi bagi menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan serta kegunaan tubuhnya sendiri.
- Kalsium sangat penting dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.
- Justeru itu, perbanyakkan pengambilan sumber kalsium seperti makanan yang kaya dengan lemak susu, seperti susu, yogurt, aiskrim dan keju.
- Ia bukan setakat memperkuatkan tulang, malahan sistem reproduksi wanita juga dapat meningkat.
- Walaupun perhubungan pengambilan kalsium dengan membantu tahap kesuburan wanita belum dapat difahami, namun sudah banyak kajian yang dilakukan yang menjurus kepada kebaikan pengambilan kalsium boleh menyihatkan reproduksi wanita.
- Wanita yang ingin hamil, perlu mengambil sekitar 1,000 mg Kalsium setiap hari, iaitu sama dengan 8 auns gelas susu.
- Kajian terbaru yang menyimpulkan bahawa pengambilan susu yang tinggi lemak dapat membantu meningkatkan kesuburan, berbanding jika mengambil susu yang rendah lemak.
- Malahan, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, pengambilan susu yang rendah lemak, boleh menurunkan tahap kesuburan wanita.
2. Karbohidrat Kompleks
- Pengambilan karbohidrat seperti biji-bijian, dapat membantu meningkatkan kesuburan, tidak seperti karbohidrat yang ditemui di dalam roti buatan atau nasi putih.
- Dengan pengambilan karbohidrat dari sumber buatan ini, boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dan insulin dalam badan.
- Peningkatan gula dalam darah serta insulin boleh menganggu hormon yang bertanggungjawab dalam reproduksi, samada boleh menunda atau mencegah pengovulan.
3. Buah dan sayuran berwarna cerah
- Buah dan sayur adalah sumber gizi yang sangat penting, tak kira lelaki atau wanita.
- Selain dari kaya dengan vitamin, mineral dan nutrisi penting, buah-buahan segar dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan dan fitokimia yang membantu menghilangkan radikal bebas. Ketika radikal bebas berkumpul di dalam tubuh, mereka boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk mengganggu hormon reproduksi.
- Pengambilan buah-buahan dan sayuran dapat menghilangkan racun yang dapat mengganggu pengovulan.
- semasa membuat pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda perlu memilih yang berwarna cerah.
- Umumnya, semakin cerah warnanya, semakin banyak kandungan nutrisi.
- Buah beri adalah antara buah yang sangat bergizi.
- Makanan ini membantu melindungi sel-sel anda dari kerosakan dan membantu mencegah penuaan sel.
- Buah bukan sahaja boleh mempengaruhi tubuh anda, malahan, ia juga mempengaruhi penghasilan telur dalam sistem reproduksi anda
4. Daging ayam
- Daging ayam sangat penting kerana ia memiliki tinggi protein dan zat besi, yang penting untuk wanita yang ingin hamil.
- Besi dan protein sangat penting bagi perempuan sebelum dan selama kehamilan.
- Meskipun zat besi dan protein dapat ditemukan dalam produk bukan haiwan, tetapi terdapat perkaitan antara protein haiwan dengan peningkatan tahap kesuburan.
- Kajian menunjukkan bahawa wanita yang kekurangan zat besi lebih cenderung untuk mandul berbanding mereka yang banyak mengambil zat besi yang mencukupi
- Anda perlu memilih daging haiwan tanpa lemak, dan memasak ayam tadi dengan cara memanggang, dan bukannya digoreng atau yang tinggi lemak.
5. Telur
- Telur juga dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduksi.
- Ini kerana, telur kaya dengan vitamin dan nutrisi penting seperti protein dan kolin.
- Kolin adalah penting untuk di ambil sebelum dan saat kehamilan, kerana ia meningkatkan kemampuan tubuh menyerap asid folik.
- Asid folik sangat penting bagi tempoh perancangan dan awal kehamilan, bagi mencegah bayi yang lahir cacat saraf seperti spina bifida.
- Pengambilan sehari sebiji telur dapat meningkatkan kadar kolin yang mencukupi untuk meningkatkan penyerapan asid folik sebanyak 2 kali ganda.
6. Sayuran hijau
- Selain semua antioksidan yang ditemukan dalam sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kangkung, sayuran ini juga kaya dengan zat besi
- Zat sangat penting untuk membantu dalam peredaran kitaran haid yang seimbang, kerana kebanyakan wanita yang kekurangan zat besi, cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid yang teratur
- Dengan menambah pengambilan sayuran berdaun hijau ke dalam menu harian, dapat meningkatkan kadar zat besi dalam tubuh
7. Kekacang dan biji-bijian
- Kekacang dan biji-bijian di cerna dengan lebih perlahan di dalam tubur.
- Ia membantu mengatur peningkatan insulin dan meningkatkan ovulasi.
- Selain daripada itu, kekacang dan biji-bijian juga mengandungi lemak omega 3, yang membantu secara langsung pada peningkatan hormon.
- Kekacang dan biji-bijian memiliki tahap antioksidan yang sangat tinggi.
- Selain menghilangkan radikal bebas, antioksidan turut membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengurangi kemungkinan tubuh warna menolak sperma suami.
8. Minyak Zaitun
- Omega 3 memiliki kesan yang tinggi kepada peningkatan tahap kesuburan.
- Omega 3 biasanya ditemui di dalam minyak zaitun
- Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu meningkatkan kuantiti, tidak kira sperma atau telur wanita, dan merupakan sebahagian diet yang penting dalam meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki, terutamanya mereka yang ingin hamil
_____________________________________________________________
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
TIMAH BINTI AHMAD
Shaklee Independent Distributor [No. 957622]
Sms/WhatsApp : 016-8679523
FB Fan Page : https://www.facebook.com/UmmiDelisaSarawak
Email : timahahmad87@gmail.com
Blog : http://ummidelisa.blogspot.com/
Shaklee Independent Distributor [No. 957622]
Sms/WhatsApp : 016-8679523
FB Fan Page : https://www.facebook.com/UmmiDelisaSarawak
Email : timahahmad87@gmail.com
Blog : http://ummidelisa.blogspot.com/
Sebagai customer, anda layak untuk mendapatkan:
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
iii. Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
i. Konsultasi PERCUMA secara berterusan selepas pembelian
ii. Di jemput masuk ke EXCLUSIVE GROUP FB untuk customer
iii. Jadual Pengambilan Vitamin akan di berikan selepas pembelian di buat
Shaklee adalah supplemen yang dipercayai lebih 50 tahun, ianya semulajadi, terbukti selamat & berkesan.
” Ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya. Hanya buat bisnes secara online, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar seluruh malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Exclusive Jutawan Group di Facebook”
No comments :
Post a Comment