Sunday 18 August 2013

Hilangkan Jeragat Dengan Petua Vitamin dan ESP Shaklee

Jeragat dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher. Ramai orang mengadu sukar untuk hilang jeragat terutamanya di muka kerana walaupun jeragat bukan penyakit berbahaya tetapi menyebabkan kulit tidak cantik di bahagian wajah terutamanya.

Untuk hilangkan jeragat ini kebanyakkan kita menggunakan alat-alat kosmetik penyamar noda. Tetapi penyamar noda ini bersifat sementara dan tidak asli. Sebagai wanita dan juga isteri takkan kita asyik nak bermekap sehingga waktu tidur. Ini juga membahayakan kesihatan kita, kerana kebanyakkan alat kosmetik mengandungi bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan wanita terutamanya pelabagai jenis kanser, masalah kekesuburan dan juga berisiko menjejaskan janin.

Tanpa bantuan peralatan kosmetik dan juga membuat facial treatment di salun-salun kecantikan juga kita sendiri boleh hilangkan jeragat di rumah. Bagaimana? Melalui pengambilan supplement vitamin yang kita makan setiap hari sebenarnya juga dapat membantu mengatasi masalah jeragat di muka dan juga di lain-lain bahagian tubuh dan bukan sekadar meningkatkan tahap kesihatan kita. Jadi apakah jenis-jenis vitamin yang dapat membantu menghilangkan jeragat ini?

Dengan supplement-supplement Shaklee anda dapat merasai kesan perubahan hilangkan jeragat yang semakin berkurangan hari demi hari dan kulit wajah bertambah mulus dan awet muda. Selain itu, anda juga akan perasan tubuh anda semakin sihat dan bertenaga, jisim tulang dan pergerakan sendi semakin lancar serta rambut dan kuku lebih bersinar dan sihat.

Untuk hilangkan jeragat anda pengambilan vitamin dan juga elemen lain yang diperlukan adalah:

1. Vitamin C
2. Vitamin E
3. Protein
4 Air Putih


Vitamin C
Pengambilan vitamin C harian secukupnya dapat membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien dan hilangkan jeragat.
Penghasilan kolagen yang mencukupi dalam tubuh bukan sahaja membantu menghilangkan jeragat malah mengatasi masalah kulit berkedut, kering dan melayut, kuku rapuh, rambut halus, keguguran rambut dan juga dapat mengelakkan struktur tulang dan sendi yang lemah.

VITAMIN C
VITAMIN E


Vitamin E
Terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Vitamin E juga dapat membantu memberi keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Selain itu, vitamin E membantu hilangkan jeragat dan juga jerawat

Pengambilan supplement Shaklee yang disyorkan:

1. Vita-E Complex

2. GLA Complex


Protein
Protein juga sangat membantu hilangkan jeragat. Pengambilan protein harian yang cukup dapat membantu tubuh menghasilkan sel-sel baru dan menyahkan jeragat di muka. Jadi sekarang beri perhatian keperluan protein harian anda untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan bebas jeragat.

Kepentingan Air Putih
Air putih sangat penting untuk sistem pengaliran darah yang baik dan juga penting dalam proses penyerapan nutrien-nutrien dari supplement dan juga makan oleh tubuh. Apabila sel-sel dan organ-organ tubuh mendapat keperluan air secukupnya maka dapat menghasilkan tubuh yang sihat dan cergas, serta berseri. Kekurangan air menyebabkan kulit tubuh kering, tidak cantik dan menyebabkan lain-lain masalah kulit terjadi seperti jeragat.

Jadi minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh yang optimum.

Supplement-supplement Shakle
e juga 100% semulajadi, selamat; bebas dari bahan kimia dan berkesan terhadap kesihatan dan kecantikkan pengguna dan dipercayai serta diyakini sejak tahun 1950-an lagi. Supplement yang bebas bahan kimia adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan serta tidak memberi kesan bahaya secara senyap seperti pengaktifan kanser dalam tubuh. Sudah tentu anda inginkan kehidupan yang sihat, ceria dan gembira bersama orang tersayang bukan?.
Hubungi Saya :

SMS/Whatapss:0168679523
Facebook:https://www.facebook.com/timah.ahmad.5
Blog:http://ummidelisa.blogspot.com/

B-COMPLEX

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

etiap komponen dalam vitamin B Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Tanda - tanda Kekurangan B Complex


  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pernahkah anda mengambil vitamin B Complex Shaklee dan merasakan baunya sangat teruk dan meloyakan?

Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.

Jadi, ambillah Shaklee tanpa ragu2 kerana B complexnya adalah lengkap dan asli. Haruslah anda berhati2 sekiranya vitamin B complex jenis lain yang anda ambil tidak memberi kesan2 seperti rasa haus, dan kencing berwarna kuning serta berbau… Mungkin ia vitamin B yang tidak lengkap?

Hubungi Saya :

SMS/Whatapss:0168679523
Facebook:https://www.facebook.com/timah.ahmad.5
Blog:http://ummidelisa.blogspot.com/

B COMPLEX

Thursday 15 August 2013

Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Simptom-simptom toksin berlebihan
♣ Sering keletihan,
♣ kurang bertenaga,
♣ sakit kepala ,
♣ mulut berbau ,
♣ bau badan
♣ Insomnia (masalah tidur),
♣ Mata gelap ,
♣ Mata merah
♣ Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
♣ Rasa cemas
♣ Alahan,
♣ Masalah sinus,
♣ Sistem imun yang lemah
♣ Masalah sistem pencernaan – sembelit,
♣ kembung perut
♣ Masalah sendi - lenguh lenguh badan
♣ Masalah kulit – jerawat, eczema
♣ Selulit,
♣ Kenaikan berat badan,
♣ Tanda-tanda penuaan awal
♣ Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Tanda tanda lain

¤ seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap

¤ Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.

¤ Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi

PESANAN UNTUK ISTERI


✔ Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

✔ Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

✔ Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

✔ Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

✔ Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

✔ Sederhana dalam berpenampilan. umumnya lelaki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

✔ Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

✔ Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

✔ Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

✔ Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

✔ Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

✔ Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

P/S : Yang baik kita ambil sebagai tauladan..Yang buruk jadikan sempadan..

SUAMI ISTERI @ Rahsia Perkahwinan
**Kurangkan Period Pain dengan GLA Complex Shaklee**

Kebanyakkan wanita pasti memilih Evening Primrose Oil untuk meredakan masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS) dan ketidakstabilan hormon wanita. Ini kerana ketika menghadapi sindrom pra-haid, kebanyakan wanita mengalami kekejangan pada bahagian abdomen dan payudara. Sindrom pra-haid ini tidak EPO dikatakan dapat mengurangkan sindrom pra-haid tersebut. Apa yang ada dalam EPO. Sebenarnya EPO mengandungi kandungan gamma linolenic asid (GLA) yang tinggi.

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin-bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Mengikut kajian, asid linolenik gama (GLA) banyak terdapat dalam minyak benih borage. Borage merupakan sejenis bunga.

Produk Shaklee mempunyai rangkaian produk khas untuk wanita iaitu GLA Complex Shaklee. Apa yang istimewanya GLA Complex Shaklee ialah ia bukan sahaja mempunyai minyak benih borage tetapi ia juga mempunya minyak benih bunga matahari yang turut mempunyai asid-asid lemak Omega-6. Selain itu, GLA Complex juga dilengkapi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri (salur darah) dan membantu memelihara integriti sel.Kenapa GLA Complex Shaklee perlu diambil? Ia kerana ia:

♣ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♣ Membantu meningkatkan kesuburan
♣ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
♣ Membantu dalam menangani menopus
♣ Menguatkan kuku dan rambut
♣ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
♣ Membantu menangai ekzema
♣ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
♣ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♣ Menguatkan imuniti tubuh
♣ Memperlahankan proses penuaan
♣ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
♣ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
♣ Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf



ALFAFA COMPLEX

Alfafa merupakan pusat pengumpulan segala zat . Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

Alfafa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee dalam tahun 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfafa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan semulajadi.

• Sumber semulajadi dari alfafa
• Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan segelas susu

Peranan alfafa dalam penghasilan susu amat bagus kerana itulah alfafa ini dipanggil ‘milk booster’ bagi ibu-ibu yang mahu menambahkan penghasilan susu. Pengambilan alfafa dan ESP shaklee memantapkan lagi penghasilan susu dan susu yang dihasilkan akan pekat dan berkualiti.

Alfafa juga boleh diambil bersama Omegaguard untuk sesiapa yang mengadapi penyakit gout. Pengambilannya dapat mengurangkan penghasilan asid urik dalam badan penghidap gout. Selain itu, alfafa juga dapat mengurangkan masalah keputihan yang sering berlaku di kalangan wanita. Dengan pengambilan alfafa secara konsisten dapat mengatasi masalah keputihan.. in shaa Allah..
Namun demikian perlu diingatkan alfafa tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang hamil. 


ALFAFA COMPLEX

Apa itu Nutriferon?

NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.
Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.

Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu
- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.


NUTRIFERON

PARSLI BANTU SEIMBANGKAN HORMON WANITA

Parsli bukan sahaja sekadar penghias dalam masakan namun herba yang dikenali dengan nama botaninya Petroselinum Crispum ini ditanam disebabkan sifat-sifat penyembuhannya sebelum ia digunakan sebagai penghias dan rempah dalam masakan.

Daun dan akar pasli dikatakan menganddungi lebih kandungan besi, folat dan kaya dengan vitamin A,B,C ,K serta mineral sulih.
Herba ini tidak mengandungi kolestrol. Namun ia kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat pemakanan yang dikatakan mempu membantu mengawal kolestrol dalam darah, mencegah sembelit, melindungi tubuh daripada radikal bebas dan kanser.

Kandungan klorofil dalam parsli amat hebat kerana ia dikatakan mampu membantu mengekang pertumbuhan bakteria jahat disebabkan sifat-sifat anti bakteria yang terdapat di dalamnya.
Dikatakan juga dengan mengambil daun parsli setiap hari ia mampu membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko berkaitan dengan tekanan darah tinggi seperti hipertensi.

Selain itu, menurut kajian parsli amat berguna untuk wanita kerana pengambilannya mampu memperbaiki keseimbangan hormon wanita dan juga membaiki perembesan estrogen. Herba ini juga berguna dalam membantu masalah-masalah hormon seperti sindrom prahaid, menopous atau kitaran haid tertangguh. Selain itu parsli dikatakan berguna dalam melegakan kekejangan semasa kitaran haid.

Minyak yang diekstrak daripada parsli digunakan untuk rawatan rambut gugur dan kekeringan pada kulit. Dikatakan dengan menyapu minyak ini setiap hari mampu memperbaiki pertumbuhan rambut dan menjadi kulit bertambah lembut.

Jus parsli dikatakan tonik baik untuk pembuluh darah dan arteri. Namun begitu, jus mentah amat kuat dan tidak boleh diambil dalam kuantiti lebih daripada satu atau dua auns pada satu masa melainkan ia dicampurkan dengan kuantiti jus lobak merah atau jus lain dengan secukupnya.

Walaupun terdapat banyak kebaikan herba parsli, penggunaannya untuk tujuan perubatan perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu .

Sumber : Mingguan Wanita

Produk shaklee :
GLA Complex mampu menstabilkan kembali ketidak seimbangan wanita, membantu mengawal dan mengatur kitaran haid, dan membantu meningkatkan kesuburan.
sms/whatsapp Timah 016-8679523:)


PANDUAN MEMBERI SUSU YANG DIPERAH SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK BALIK SEMULA BEKERJA

Ramai kini ibu-ibu tahu kelebihan dan khasiat air susu ibu (ASI) dan memilih untuk memerah susu sendiri untuk diberi kepada anak berbanding susu formula. Ibu-ibu tetap ingin memberikan yang asli dan terbaik walaupun bekerjaya. Namun begitu, ibu-ibu harus tahu panduan untuk memberikan anak susu perah sepenuhnya sebelum dihantar kepada pengasuh supaya si manja anda tidak keliru puting dan tidak memberi kejutan kepada si manja. Ia harus dilakukan secara beransur-ansur bagi membiasakan si manja anda dengan susu yang diperah sekaligus memudahkan pengasuh dan anda sendiri. Berikut panduan bagi anda untuk memberi susu yang diperah sebagai persediaan untuk balik semula bekerja.

KHASIAT VITAMIN C

Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Zat ini mampu membantu dan memelihara kecantikan kulit serta bertindak sebagai antioksidan yang membantu kulit menangkis kesan-kesan negatif disebabkan pencemaran udara serta paparan sinar matahari di samping membantu mencerahkan kulit serta menjadi pelembab bagi kulit.

Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang sangat mujarab dalam mencegah radikal bebas dan meransang peremajaan sel-sel kulit kerana ia mampu menghalang fungsi enzim tironase yang berperanan dalam pembentukan pigmen akibat pancaran cahaya matahari.

Beberapa jenis makanan yang dapat membekalkan vitamin C bagi kulit ialah sayuran hijau, tomato, cili dan pelbagai jenis buah-buahan bewarna merah atau berasa masam. Bagi supplement atau ubat vitamin C sebaik-baiknya diambil dengan vitamin dan nutrisi lain supaya tubuh mendapat gizi yang seimbang dengan jumlah 500mg hingga 2000mg setiap hari. Sebaiknya apabila mengambil vitamin C amat disarankan perbanyakkan pengambilan air putih bagi mengelakkan terjadinya pengkristalan di dalam buah pinggang lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang tinggi.

Sumber : inhealthbeauty




Ibu-ibu, 6 bulan pertama hanya air susu ibu (ASI)

KEBAIKAN PENYUSUAN IBU
♥Susu ibu terutama kolustrum (susu pertama keluar) mengandungi antibodi yang melindungi
dari jangkitan kuman seperti cirit-birit, selsema, radang paru-paru, sakit perut dan lelah

♥Makanan terbaik mengandungi kesemua zat makanan untuk bayi membesar

♥Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak

♥Mengeratkan kasih sayang

♥Mengurangkan kemungkinan ibu mendapat barah payu dan membantu mengecutkan rahim

Menu Ibu Hamil

Ibu hamil perlu mengambil makanan yang seimbang dan ibu-ibu perlu mengatur menu makanan selama hamil, antara lain:

▶ Elakkan mengambil makanan yang diproses dalam tin terlalu kerap, makanan manis yang berlebihan, susu berlemak dan makanan yang sudah tidak segar.
▶ Ibu hamil sebaiknya makan secara teratur, sedikit tetapi kerap.
▶ Hidangan yang tersusun dari bahan makanan bergizi.
▶ Memilih dan membeli berbagai macam bahan makanan yang segar.
▶ Elakkan makanan mentah seperti sushi kerana bakteria dalam makanan mentah akan menyerap nutrien yang diperlukan untuk bayi.
▶ Menghindari minuman keras dan merokok


MASALAH BAYI BARU LAHIR DAN CARA MENGATASI

MASALAH BAYI BARU LAHIR DAN CARA MENGATASI

Ibubapa mesti prihatin terhadap tahap kesihatan anak-anaknya. Hanya melalui sikap keprihatinan dan pemerhatian yang bersungguh-sungguh, masalah berkaitan bayi yang baru lahir dapat dikawal.

Bayi Tidak Dapat Menyusu

1. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya. Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik, maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang berkesan. Kemudian, pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.

2. Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding (penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery' yang ditubuhkan di hospital-hospital).

Jangan Disangka Bayi Yang Terlampau Tidur Itu Sihat.
- Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya.

Bayi Tidak Henti-Henti Menangis
- Jika berhentipun, ia hanya berlaku apabila bayi kepenatan dan perutnya sakit. Mungkin perutnya menjadi kembung kerana terlalu banyak angin dalam ususnya. Colic atau penghadaman yang tidak sempurna juga membolehkan kembung. Terjadi juga keadaan usus terbelit atau tertusuk (Intusseption). Ini merupakan keadaan yang kritikal dan memerlukan perhatian yang serius.

Muntah (Regurgitasi)
- Kenapa bayi mudah muntah? Saluran tekak bayi amat pendek. Jadi perut yang penuh menyebabkan makanan ditolak semula ke atas. Apabila bayi membesar, saluran itu menjadi semakin panjang dan bayi tidak lagi mudah muntah. Saiz perut bayi adalah kecil. Apabila bayi menyusu dengan cepat, perut tidak dapat mengembang secara selari dan tekanan dalam perut meningkat. Keadaan ini menyebabkan bayi muntah.
- Bayi baru lahir mempunyai sistem pencernaan dan ususnya bekerja dengan lambat. jika terdapat banyak saki-baki makanan lama, maka bayi akan memuntahkan makanan yang baru diberikan.

Najis Berdarah
- Jika bayi buang air besar bercampur darah dan muntah, segeralah bawa berjumpa doktor untuk mengelakkan masalah dalam perut yang lebih serius.

Bayi Tidak Kencing
- Ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh). Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah pinggang bayi.

Tali Pusat Yang Sihat Tidak Berbau, Kering Dan Jatuh Dengan Sendiri.
- Cuci Tali Pusat Yang Dibekalkan.

Bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam kerandut zakar.
- Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku jangan biarkan lagi kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doktor untuk berbincang cara mengatasinya.

TANDA-TANDA BAHAYA PADA BAYI

▶ Berterusan menangis dan sukar berhenti.
▶ Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
▶ Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
▶ Buang air besar bercampur darah.
▶ Tidak kencing atau buang air besar.
▶ Kuning (pada kulit)
▶ Muntah terlalu banyak.
▶ Perut kembung dan keras.
▶ Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)

Sumber : Panduan Ibu-ibu

Jangan kita memandang remeh pemberian air masak kepada bayi bawah 6 bulan. Kononnya mengikut mitos orang-orang tua tekak bayi merasa lekit, untuk hilangkan kuning bayi. Ingat! 6 bulan pertama hanya susu ibu. Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak dibenarkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

▶Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

▶Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu Terencat Akal'. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

▶Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'Oral Water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut.
Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya. 6 bulan pertama hanya susu ibu.

Sumber: Babycenter.com


PENJAGAAN GIGI BERMULA SEJAK KECIL


Penjagaan kesihatan gigi seharusnya bermula sejak bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Di peringkat ini ibu yang hamil wajib mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Ibu juga perlu mengambil makanan yang sseimbang untuk tujuan menjaga kesihatan diri serta kesihatan bayi dalam kandungan.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, keinginan untuk selalu makan terutama makanan yang manis dan masam akan menjejas kesihatan mulut. Ini sekiranya amalan makan tanpa mengira masa ini diteruskan tanpa memberi perhatian kepada penjaga kebersihan mulut, terutama selepas setiap kali makan.

Sekiranya tidak dijaga, ia akan mengakibatkan kesakitan bagi mereka yang menghadapi masalah gigi berlubang dan penyakit gusi serta mulut berbau. Seringkali kejadian ini dikaitkan keadaan mengandung sebagai punca masalah tersebut, walhal ia tidak sedemikian. Cuma perubahan hormon sewaktu mengandung akan menyebabkan sebilangan ibu mengandung mengalami masalah gusi yang mudah berdarah. Keadaan bertambah teruk dengan amalan kekerapan makan yang tidak boleh dikawal.

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk pembinaan gigi yang telah pun bermula semasa bayi masih di dalam kandungan ibu lagi. Seharusnya ibu meneruskan amalan baik ini setelah anak itu lahir. Ssalah satu langkah ke arah mencapai tahap gigi sihat seumur hidup ialah dengan mengamalkan tabiat penyusuan yang baik. Pembersihan gigi yang baru tumbuh boleh dibuat dengan menggunakan kain lembut yang dibasahkan.

Adalah tidak digalakkan memberi susu botol semasa anak-anak sedang tidur. Ini kerana, sekiranya gigi itu terendam dalam susu tersebut semasa anak sedang lena, gigi akan mudah berlubang iaitu karies botol susuan.

Gigi yang sering kali terlibat dengan kejadian ini ialah gigi hadapan. Sekiranya keadaan bertambah teruk, ia akan menyebabkan kehilangan gigi susu lebih awal daripada masanya. Ini akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal kelak.

Ekoran itu, masalah gigi yang tumbuh dengan tidak teratur akan terjadi dan dari sini jugalah berpuncanya masalah-masalah yang lain.

Sekiranya anak itu memerlukan juga minuman/susu botol semasa waktu tidur, eloklah beri air kosong sahaja. Botol perlu dikeluarkan apabila anak itu lena. Sewajarnya kita menghentikan menyusu melalui botol apabila anak sudah berumur lebih kurang 2 tahun dan menggalakkan minum susu menggunakan cawan.

Peranan serta asuhan berterusan daripada ibulah yang memaonkan peranan penting untuk menentukan kesihatan mulut anak-anak. Berus gigi perlu diperkenalkan kepada anak-anak apabila mereka berusia 1 atau 2 tahun. Walaupun mereka belum sedar tentang fungsi berus tersebut, sekurang-kurangnya mereka telah kenal dan boleh diasuh cara menggunakannya sedikit demi sedikit. Elakan menggunakan ubat gigi pada peringkat awal kerana mereka akan menelannya. Apa yang penting ialah mengeluarkan sisa makanan di atas permukaan gigi dan tabiat ini harus dilakukan secara beransur-ansur.

Peranan ibu seterusnya ialah memastikan anak mengamalkan tabiat menjaga kebersihan gigi setiap kali selepas makan dan mengurangkan makanan-makanan yang manis dan melekit. Selain itu dapatkan pemeriksaan doktor sekerap yang mungkin.

Sumber : Panduan Ibu-ibu

Jika anda masih tercari-cari set berpantang selepas bersalin nanti ternyata set berpantang Shaklee adalah pilihan yang tepat. Di sini terdapat 3 dalam 1 selain berpantang ibu-ibu dapat menghasilkan susu dan mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Admin ingin memperkenalkan Set Berpantang + Menyusu + Kurus Shaklee.

Set Berpantang
•VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA

Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

•B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

•VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin.

•ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

Tambahan Produk Menyusu
Alfalfa popular sebagai milkbooster bagi ibu -ibu yang menyusukan anak. Selain itu, ianya boleh bertindak sebagai detox badan kita dari toksin badan.

ESP membantu mempercepatkan pengeluaran susu
Gabungan terbaik ESP + Alfalfa boleh membantu memberikan kualiti susu ibu yang baik untuk anak anda.


Tambahan Produk Kurus
•Lecithin
Membantu memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa yang biasa dilalui selepas melahirkan anak.

Berminat? Sebarang pertanyaan produk dan konsultasi percuma boleh hubungi :
Timah 016-8679523 (sms/pm/whatsapp/viber)

APA ITU SHAKLEE??

Salam...

***Shaklee sentiasa SELAMAT
Apa yang dimaksudkan dengan SELAMAT di sini adalah produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semulajadi daripada sumber alam yang paling tulen, berkesan dan selamat.
Oleh kerana ia berasaskan sumber semulajadi, produk-produk Shaklee bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.
Shaklee juga tidak menjalankan ujian terhadap haiwan
Apa yang paling penting tiada penggunaan silica gel dalam setiap botol suplemen Shaklee dan ini menunjukkan Shaklee benar-benar asli serta bebas bahan kimia.

***Shaklee sentiasa BERKESAN
Shaklee menjalankan 83000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan produknya. Vita Lea sahaja telah menjalankan 349 ujian kualiti.
Lebih daripada 90 kajian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk Shaklee.
Apa yang anda baca pada label adalah apa yang anda akan perolehi iaitu terjamin setiap masa.
Produk Shaklee mengandungi jumlah fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum kepada pengamalnya.
Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan yang mudah dan penggunaan nutrient yang optimum di dalam badan.
Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen jenama lain mahupun mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen langsung.

*** Shaklee sentiasa MESRA ALAM
Oleh kerana Shaklee berasaskan sumber semulajadi,maka ia mengembalikan apa yang diambil kepada alam sejagat untuk mewujudkan suasana harmoni.
Ini terbukti apabila Shaklee mencipta bahan pencuci tidak bertoksik dan boleh mereput dengan sendiri yang pertama di Amerika.
Shaklee juga menggunakan bungkusan dan botol yang bebas bisphenol-A, phthalates dan toksik dari dakwat serta boleh dikitar semula.
Shaklee telah berjaya menjadi syarikat pertama yang dianugerahi sijil ‘Climate Neutral’ di atas usaha yang diambil bagi meminimumkan penghasilan karbon dioksida supaya tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap iklim sejagat.
Shaklee juga telah menjayakan aktiviti menanam 1 bilion pohon pokok di seluruh dunia dengan kerjasama pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Laureato Wangari Maathai.
Adakah anda / pasangan anda / ahli keluarga anda ada mengalami:

LEMAH JANTUNG?
KENCING MANIS?
OBESITI?
MATI PUCUK?
KURANG SPERMA?
SENTIASA LETIH & LESU?
TIADA STAMINA?

Lelaki pun memerlukan vitamin untuk kesihatan luaran dan juga dalaman.. Jom intai2 apa vitamin yang dicadangkan untuk kaum Adam di luar sana..

OmegaGuard
meningkatkan kesihatan kardiovaskular
memelihara tekanan darah
memelihara kesihatan otak , penglihatan & sendi

Vitamin E
memelihara kesihatan jantung, otot & prostat
meningkatkan fungsi paru-paru , kolon & penglihatan

Zinc
merangsang tindakan enzim
memainkan peranan penting untuk organ seks lelaki

BERMINAT??
JUZ PM ME:))




Set Slimming Budget

Jom kurus selepas raya (LECITHIN + ALFALFA)
Konsep bakar dan buang.. dengan budget rendah mampu menurunkan berat anda kepada berat yang ideal...

PM saya untuk harga promosi di hotline 016-8679523




Apa itu RESDUNG??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat

- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG


1 . ALAHAN


- Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..

PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)

Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan.

Amalkan petua ini
Jika kawan-kawan ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

ALFAFA


B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

B COMPLEX


VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

VITAMIN C


whatsapp/sms : 016-8679523

Cara Pemakanan GLA untuk Kesuburan:

Salam..

-Semua pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan anak untuk menyerikan kehidupan berkeluarga mereka tapi adakalanya cahaya mata yang dinanti-nanti masih tak kunjung tiba. Memanglah zuriat ini anugerah Allah tapi tak salah untuk kita berusaha. Banyakkan berdoa dan makan makanan yang berkhasiat. Salah satu usaha yang boleh dicuba ialah dengan mengamalkan set kesuburan Shaklee dan paling penting GLA Complex untuk wanita.

-Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?
Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.
-Jadi sebelum berusaha ayuh kita berbanyak mengingati-Nya semoga dianugerahkan cahayamata idaman.

-GLA Complex ini diambil oleh isteri, dan saya sarankan di samping GLA complex, isteri juga mengambil set A (Vita Lea, B Complex dan Vita C), untuk persediaan sekiranya hamil. Vita Lea dan B Complex membekalkan asid folik yang cukup bayi mengelakkan kecacatan pada bayi, seperti spina bifida. Boleh juga tambah Energizing Soy Protein untuk menyihatkan sel-sel badan supaya badan mudah menerima segala nutrient2 yang kita ambil.

Baiklah,
cara-cara pengambilan GLA untuk cepat hamil:

- Isteri hendaklah mengetahui kitaran haidnya. Samada yang normal 28 hari, atau 30 hari atau 36 hari dan sebagainya.
-Haid tidak tetap? Ya, saya akui agak sukar namun boleh mengagak yang terbaik.
- Bahagikan hari kitaran haid kepada 2. katakan 28 hari, maka 28/2=14.
Maka dianggarkan masa subur isteri itu adalah dalam hari ke-14 dari hari pertama haid, +/- 5 hari.
- Maka pengambilan GLA Complex dimulakan dari hari pertama haid hingga sehari sebelum hari subur. Dalam kes hari subur ke-14, maka GLA diambil sehingga hari ke-13.
-Pengambilan suplemen lain diteruskan seperti biasa.
- Sekiranya untuk cycle berikutnya isteri tidak mengalami kedatangan haid, kemungkinan besar sudah hamil.
- Jika tidak, ulangi proses tersebut.

.
** GLA Compleks juga boleh mencantikkan kulit tau! belum cuba belum tau .. (^^,)


GLA-COMPLEX


SMS/Whatsapp Timah :016-8679523

MASALAH IMAGRAIN???

Penyakit migrain adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migrain sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang2 kala mereka merasa loya dan termuntah. Sering juga mereka juga boleh tahu yang mereka akan terkena serangan migrain, bila mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.

Sebab-sebab migrain adalah terlalu banyak seperti tekanan perasaan, keresahan, kurang makan atau tidur, terdedah kepada cahaya silau atau turun naik hormon semasa haid (bagi wanita).Doktor-doktor percaya yang migrain adalah berpunca dari salur-salur darah di dalam kepala yang mengembang dan kemudian menguncup secara mengejut

Ade yg ambil jalan mudah dgn terus mengambil pain killer kerana terlalu sakit tanpa tahu yg pain killer ni 'SILENCE KILLER' ade kesan yg berpanjangan dalam tubuh kita, takkan bila migrain je terus nak mkn pain killer je habehla badan kita nnt, igt badan kita ni cuma pinjaman jadi jaga elok2

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain

OSTEMATRIX(Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B COMPLEX

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. B complex ni juga dikenali sbg vitamin anti stress so that bila ambil kita lebih tenang nak hadapi tekanan hari2 dam bila kurang stress maka terpancar juga di muka, kulit muka jd lebih berseri2 je.

BERMINAT???
JUZ PM ME:))



B-Complex & Ostematrix

Adab Ibu ketika Hamil

Assalamualaikum,

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28:

Maksudnya:

Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Antara adab ibu ketika hamil:

1. Ibu hendaklah teguhkan iman dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

2. Ibu hendaklah rajin mengaji, supaya kandungan bijak bistari

3. Ibu hendaklah tenang supaya kandungan berasa tenang

4. Ibu hendaklah taat beribadat supaya kandungan sihat walafiat

5. Ibu selalulah berdoa supaya supaya kandungan sihat sejahtera

6. Ibu hendaklah terhibur supaya kandungan subur

7. Ibu perlulah tangkas supaya kandungan menjadi cergas

8. Ibu perlulah banyak bergerak supaya kandungan menjadi segak

9. Ibu mengandung perlulah mulia supaya kandungan menjadi manusia

10. Ibu mengandung perlulah tabah supaya kandungan diberkati Allah


Teringat pula diawal mengandung dulu, saya mengalami morning sickness yang agak teruk, jadi banyak tidur, Mak pula selalu telefon ingatkan “jangan asyik tidur, nanti anak hang pon asyik nak tidur ja” Terima kasih mak, selalu ingatkan even benda-benda yang kecil!