MASALAH BAYI BARU LAHIR DAN CARA MENGATASI
Ibubapa mesti prihatin terhadap tahap kesihatan anak-anaknya. Hanya
melalui sikap keprihatinan dan pemerhatian yang bersungguh-sungguh,
masalah berkaitan bayi yang baru lahir dapat dikawal.
Bayi Tidak Dapat Menyusu
1. Sekiranya bayi tidak dapat menyusu, sila pastikan apakah sebabnya.
Bayi yang sumbing lelangitnya mungkin tidak dapat menelan dengan baik,
maka doktor akan menunjukkan cara penyusuan yang berkesan. Kemudian,
pembedahan yang sesuai dibuat bagi menutup lelangit atau bibir yang
sumbing. Bayi yang terlalu lemah juga kerap tidur dan enggan menyusu.
2. Pemeriksaan darah, penentuan gula dalam darah dan tube feeding
(penyusuan menggunakan tiub) perlu dibuat di 'Special Child Nursery'
yang ditubuhkan di hospital-hospital).
Jangan Disangka Bayi Yang Terlampau Tidur Itu Sihat.
- Biasanya, tidur yang melampau berlaku kerana bayi lemah dan kurang gula dalam darahnya.
Bayi Tidak Henti-Henti Menangis
- Jika berhentipun, ia hanya berlaku apabila bayi kepenatan dan
perutnya sakit. Mungkin perutnya menjadi kembung kerana terlalu banyak
angin dalam ususnya. Colic atau penghadaman yang tidak sempurna juga
membolehkan kembung. Terjadi juga keadaan usus terbelit atau tertusuk
(Intusseption). Ini merupakan keadaan yang kritikal dan memerlukan
perhatian yang serius.
Muntah (Regurgitasi)
- Kenapa bayi
mudah muntah? Saluran tekak bayi amat pendek. Jadi perut yang penuh
menyebabkan makanan ditolak semula ke atas. Apabila bayi membesar,
saluran itu menjadi semakin panjang dan bayi tidak lagi mudah muntah.
Saiz perut bayi adalah kecil. Apabila bayi menyusu dengan cepat, perut
tidak dapat mengembang secara selari dan tekanan dalam perut meningkat.
Keadaan ini menyebabkan bayi muntah.
- Bayi baru lahir mempunyai
sistem pencernaan dan ususnya bekerja dengan lambat. jika terdapat
banyak saki-baki makanan lama, maka bayi akan memuntahkan makanan yang
baru diberikan.
Najis Berdarah
- Jika bayi buang air besar
bercampur darah dan muntah, segeralah bawa berjumpa doktor untuk
mengelakkan masalah dalam perut yang lebih serius.
Bayi Tidak Kencing
- Ini menunjukkan bayi mengalami dehidrasi (kurang cecair dalam tubuh).
Sekiranya tidak cukup air, bayi tidak kencing, menjadi resah dan
menangis tanpa air mata. Ia cukup berbahaya kerana boleh merosakkan buah
pinggang bayi.
Tali Pusat Yang Sihat Tidak Berbau, Kering Dan Jatuh Dengan Sendiri.
- Cuci Tali Pusat Yang Dibekalkan.
Bagi bayi lelaki, ada kalanya zakar tidak berada di dalam kerandut zakar.
- Zakar mungkin terhalang oleh tisu-tisu lain. Sekiranya ini berlaku
jangan biarkan lagi kerana ia akan menyebabkan kerosakan zakar dan
kemandulan apabila ia dewasa. Bawalah berjumpa doktor untuk berbincang
cara mengatasinya.
TANDA-TANDA BAHAYA PADA BAYI
▶ Berterusan menangis dan sukar berhenti.
▶ Terlalu banyak tidur dan enggan bangun.
▶ Berat badan tidak bertambah atau makin berkurangan selepas 2 minggu.
▶ Buang air besar bercampur darah.
▶ Tidak kencing atau buang air besar.
▶ Kuning (pada kulit)
▶ Muntah terlalu banyak.
▶ Perut kembung dan keras.
▶ Pusat berbau busuk dan tidak sembuh (berair)
Sumber : Panduan Ibu-ibu
No comments :
Post a Comment