Thursday 15 August 2013

KHASIAT VITAMIN C

Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Zat ini mampu membantu dan memelihara kecantikan kulit serta bertindak sebagai antioksidan yang membantu kulit menangkis kesan-kesan negatif disebabkan pencemaran udara serta paparan sinar matahari di samping membantu mencerahkan kulit serta menjadi pelembab bagi kulit.

Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang sangat mujarab dalam mencegah radikal bebas dan meransang peremajaan sel-sel kulit kerana ia mampu menghalang fungsi enzim tironase yang berperanan dalam pembentukan pigmen akibat pancaran cahaya matahari.

Beberapa jenis makanan yang dapat membekalkan vitamin C bagi kulit ialah sayuran hijau, tomato, cili dan pelbagai jenis buah-buahan bewarna merah atau berasa masam. Bagi supplement atau ubat vitamin C sebaik-baiknya diambil dengan vitamin dan nutrisi lain supaya tubuh mendapat gizi yang seimbang dengan jumlah 500mg hingga 2000mg setiap hari. Sebaiknya apabila mengambil vitamin C amat disarankan perbanyakkan pengambilan air putih bagi mengelakkan terjadinya pengkristalan di dalam buah pinggang lebih-lebih lagi dalam kuantiti yang tinggi.

Sumber : inhealthbeauty




No comments :

Post a Comment