Jangan
kita memandang remeh pemberian air masak kepada bayi bawah 6 bulan.
Kononnya mengikut mitos orang-orang tua tekak bayi merasa lekit, untuk
hilangkan kuning bayi. Ingat! 6 bulan pertama hanya susu ibu. Kajian ini
khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu
formula.Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air
masak tidak dibenarkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.
▶Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi
akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima
kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana
air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati
pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan
kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
▶Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap
bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne
Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang
jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu Terencat
Akal'. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
▶Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini
menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak
dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti
air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan
puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit
yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada
pelbagai jangkitan.
▶Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat
berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5
minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah
bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan
tarik. Sindrom ini dipanggil 'Oral Water intoxication'.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air
atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang
terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan
mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses
tersebut.
Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya. 6 bulan pertama hanya susu ibu.
Sumber: Babycenter.com
No comments :
Post a Comment