Thursday 15 August 2013

Adab Ibu ketika Hamil

Assalamualaikum,

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu yang hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta memperbanyakkan membaca al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada bayi dalam kandungan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28:

Maksudnya:

Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Antara adab ibu ketika hamil:

1. Ibu hendaklah teguhkan iman dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

2. Ibu hendaklah rajin mengaji, supaya kandungan bijak bistari

3. Ibu hendaklah tenang supaya kandungan berasa tenang

4. Ibu hendaklah taat beribadat supaya kandungan sihat walafiat

5. Ibu selalulah berdoa supaya supaya kandungan sihat sejahtera

6. Ibu hendaklah terhibur supaya kandungan subur

7. Ibu perlulah tangkas supaya kandungan menjadi cergas

8. Ibu perlulah banyak bergerak supaya kandungan menjadi segak

9. Ibu mengandung perlulah mulia supaya kandungan menjadi manusia

10. Ibu mengandung perlulah tabah supaya kandungan diberkati Allah


Teringat pula diawal mengandung dulu, saya mengalami morning sickness yang agak teruk, jadi banyak tidur, Mak pula selalu telefon ingatkan “jangan asyik tidur, nanti anak hang pon asyik nak tidur ja” Terima kasih mak, selalu ingatkan even benda-benda yang kecil!

No comments :

Post a Comment