Thursday 15 August 2013

APA ITU SHAKLEE??

Salam...

***Shaklee sentiasa SELAMAT
Apa yang dimaksudkan dengan SELAMAT di sini adalah produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. Para saintis Shaklee mencari sumber di merata dunia bagi mendapatkan ramuan semulajadi daripada sumber alam yang paling tulen, berkesan dan selamat.
Oleh kerana ia berasaskan sumber semulajadi, produk-produk Shaklee bebas daripada bahan pengawet, bahan tiruan, bahan pemanis, pewarna, perisa, atau apa-apa kandungan buatan yang lain.
Shaklee juga tidak menjalankan ujian terhadap haiwan
Apa yang paling penting tiada penggunaan silica gel dalam setiap botol suplemen Shaklee dan ini menunjukkan Shaklee benar-benar asli serta bebas bahan kimia.

***Shaklee sentiasa BERKESAN
Shaklee menjalankan 83000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk mengesahkan ketulenan dan keberkesanan produknya. Vita Lea sahaja telah menjalankan 349 ujian kualiti.
Lebih daripada 90 kajian dan abstrak yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal saintifik menyokong keberkesanan produk Shaklee.
Apa yang anda baca pada label adalah apa yang anda akan perolehi iaitu terjamin setiap masa.
Produk Shaklee mengandungi jumlah fitonutrien aktif yang tepat untuk memberi manfaat kesihatan yang optimum kepada pengamalnya.
Cara-cara pemprosesan yang berpaten memastikan penyerapan yang mudah dan penggunaan nutrient yang optimum di dalam badan.
Penemuan kajian terbaru pada tahun 2007 menunjukkan pengamal suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen jenama lain mahupun mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen langsung.

*** Shaklee sentiasa MESRA ALAM
Oleh kerana Shaklee berasaskan sumber semulajadi,maka ia mengembalikan apa yang diambil kepada alam sejagat untuk mewujudkan suasana harmoni.
Ini terbukti apabila Shaklee mencipta bahan pencuci tidak bertoksik dan boleh mereput dengan sendiri yang pertama di Amerika.
Shaklee juga menggunakan bungkusan dan botol yang bebas bisphenol-A, phthalates dan toksik dari dakwat serta boleh dikitar semula.
Shaklee telah berjaya menjadi syarikat pertama yang dianugerahi sijil ‘Climate Neutral’ di atas usaha yang diambil bagi meminimumkan penghasilan karbon dioksida supaya tidak meninggalkan sebarang kesan buruk terhadap iklim sejagat.
Shaklee juga telah menjayakan aktiviti menanam 1 bilion pohon pokok di seluruh dunia dengan kerjasama pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Laureato Wangari Maathai.

No comments :

Post a Comment