Thursday, 15 August 2013
Masalah kegatalan pada vagina
Kali ini saya nak "share" masalah yang agak sukar untuk dikongsikan dengan orang lain kerana menganggap masalah ni "taboo". Masalah kegatalan pada vagina banyak dihadapi oleh gadis dan juga wanita dewasa.
Simptom umum yang biasa muncul adalah:
★ rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj,
★ kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) dan
♣pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi.
Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans.
Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.Kalau dibiarkan, cairan keputihan akan keluar dengan banyak dan akan menjadi "secondary infection". Cairan itu akan membusuk, bertukar warna kepada kehijauan, kekuningan atau kecoklatan dan boleh membawa banyak masalah pada rahim seperti kemandulan.
Tips penjagaan kebersihan faraj
1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam farajSabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.
2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj. Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.
3. Memastikan seluar dalam sentiasa keringJika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment