Friday, 11 October 2013

Berpantang : Supplemen Shaklee Atau Jamu …

Ibu Bersalin
Berpantang adalah antara perkara wajib dilakukan bagi setiap ibu yang baru sahaja selesai bersalin. Ini kerana, dalam tempoh berpantang, adalah saat luka-luka semasa bersalin untuk pulih kembali. Oleh sebab itu, ada yang memilih untuk berpantang selama 44 hari, 60 hari atau 100 hari.
Ketika kehamilan hampir berusia 36 minggu, ramai bakal ibu sudah bersedia untuk membeli persediaan untuk berpantang di samping membeli belah untuk si kecil yang bakal lahir. Pada masa ini, perasaan teruja untuk menyambut bayi sentiasa menyelubungi jiwa seorang ibu dan ayah. Apatah lagi, jika pasangan tersebut sudah lama menanti kelahiran cahaya mata.
Seperti anda, saya juga menikmati saat-saat untuk melahirkan anak pada hujung bulan Disember ini. Alhamdulillah, kebanyakan perkakas baby sudah tersedia, termasuk perancangan untuk berpantang. Untuk berpantang, saya lebih suka untuk memilih supplemen atau vitamin, lebih-lebih lagi, jika supplemen tersebut adalah 100% semulajadi.. Sebab saya ingin memastikan apa yang saya ambil semasa berpantang adalah penting untuk kesihatan saya dan bayi saya juga mendapat nutrisi yang seimbang semasa berpantang. Adil bukan? Ibu sihat, anak pun sihat. hehehe..Anda bagaimana pula?
Sebab saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee berbanding Jamu?
  • Jamu adalah sebatian komplex, apabila ibu mengambil jamu, unsur jamu akan disalurkan terus ke baby melalui susu ibu. Badan bayi masih kecil dan hatinya belum matang untuk menapis pelbagai unsur di dalam jamu sekaligus melambatkan penyingkiran bilirubin yang akan membebankan hatinya seterusnya menjadi punca prolong jaundice
  • Sememangnya makan jamu adalah untuk mempercepatkan pemulihan badan selepas bersalin, tetapi disebabkan jamu terlalu “berat” untuk bayi, jadi tidak salah memilih supplemen kerana sifatnya yang mudah serap berbanding jamu
  • Apabila badan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, maka zat tersebut akan disalurkan kepada bayi kita melalui susu badan dan bila ibu sihat –> ibu pun ceria –> baby sihat –> dapat meneruskan penyusuan selama 2 tahun..:-) .. best kan..
Pemilihan untuk ibu-ibu juga bakal ibu adalah terpulang samada ingin jamu atau vitamin. Tapi, jangan pula semata-mata anda hanya ingin mengekalkan tradisi berpantang turun-temurun sehingga tidak dapat meneruskan penyusuan atau memudaratkan bayi anda, yer.. heheehe
Antara Supplemen Shaklee yang sesuai di ambil semasa berpantang adalah:
1. Vita-Lea Iron Formula 
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
  • Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
2. B-Complex
  • Sebagai penenang (anti-kemurungan)
  • Elak meroyan
  • Menstabilkan hormon
3. Vitamin C
  • Penting untuk pembentukan kolagen
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
4. Zinc Complex
  • Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim)
  • Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur
  • Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc Complex adalah supplemen yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin
Saya turut mencadangkan anda untuk mengambil supplemen lain seperti:
5. Vitamin E
6. Energizing Soy Protein
7. Alfalfa Complex
8. Ostematrix
Pengambilan keempat-empat supplemen ini boleh membantu;
  • Mengurangkan risiko jaundice
  • Memberi tenaga selepas bersalin
  • Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  • Membekalkan kesemua nutrisi lengkap bagi memastikan si ibu berada di tahap optimum
Kesimpulannya, anda bebas untuk memilih apa jua makanan & rawatan yang sesuai sewaktu berpantang nanti. Tidak kira anda pilih jamu atau supplemen, pastikan anda tahu dengan yakin apakah khasiat yang bakal anda dan bayi anda akan perolehi selepas pengambilan jamu atau supplemen tersebut. Sudah pastinya, pilihan anda mestilah SELAMAT UNTUK ANDA DAN BAYI ANDA.. (^_^)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:
Ummi Delisa

No comments :

Post a Comment