Wednesday, 23 October 2013

Tips Kurangkan Kesan Jeragat dengan Produk Shaklee

 Tips Kurangkan Jeragat & Produk Shaklee Yg Disarankan (bertindak dari luar & dalam).
PRODUK DIJAMIN HALAL, CLINICAL TESTED, NATURAL DAN SELAMAT!
*****************************************************************************

1. Kurangkan pendedahan kulit wajah secara terus dengan sinar matahari.
2. Biasakan menggunakan krim SPF untuk lindungi kulit dari sinar uv sebelum keluar rumah waktu siang hari. Shaklee mempunyai krim Nutriwhite SPF 15 [ Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15]

3. Boleh gunakan Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk kurangkan warna jeragat.


4. Boleh amalkan makan ESPCarotomaxGLA ComplexVitamin EB complex atau Kolagen Shakleeuntuk kurangkan jeragat.Jom cantik!
Kredit: Fanpage Better You Better World
Sila baca DISCLAIMER.
Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:


Fb: Timah Ahmad
Fanpage: Ummi Delisa
Email: timahahmad87@gmail.com
No. Hp: 016-8679523
Shaklee Independent Distributor No 957622
Kawasan COD:Sri Aman-Betong-Spaoh-Pusa-Saratok


Saturday, 12 October 2013

Cara Melegakan Sakit Sendi

Dalam entry yang lepas, saya menceritakan tentang Ketidakselesaan Sendi, dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang cadangan Suplemen Untuk Melegakan Sakit Sendi.

Cara Untuk Melegakan Sakit Sendi

Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:

1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
- Merosakkan organ-organ dalaman
2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Kos yang mahal
- Pergerakan anggota badan yang terhad

Namun begitu dengan Shaklee, ketidakselesaan sendi boleh disokong dengan pilihan cara yang lebih sihat, selamat, semulajadi, tidak menyakitkan dan menjimatkan!

Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Untuk menjamin kesihatan sendi, beberapa nutrien penting diperlukan. Iaitu:
1. Glukosamina - Bahan pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia.

2. Vitamin C - Menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit Rheumatoid Arthritis dan sendi yang mengalami keradangan.

3. Kalsium & mineral - Penting dalam membina sel tulang yang sihat.

4. Omega - Sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi.

Oleh itu, berikut adalah cadangan suplemen yang lengkap untuk menyokong ketidakselesaan sendi. Setiap suplemen memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sendi.

TAHUKAH ANDA 1 DARIPADA 5 ORANG RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGHIDAP ARTHRITIS? AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN SEKARANG!
Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?

Gabungan 3 suplemen di atas dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak dengan 3 langkah penting.

Langkah 1 - Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT membwrikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:
1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.

Langkah 2 - Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGua
Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.
Langkah 3 - Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix
Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Didalam Ostematrix terdapat:

1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

2. Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

4. Boron - Membantu dalam metabolisma tulang

5. Mangan, tembaga dan zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.


CEGAH TANDA-TANDA KETIDAKSELESAAN SENDI SEKARANG!


Hubungi saya untuk maklumat lanjut pengambilan vitamin semulajadi:

TIMAH BT AHMAD
Call/ SMS - 016-8679523

Ketidakselesaan Sendi

Tahukah anda 1 daripada 5 orang Malaysia akan menghidap arthritis?

Kelancaran dan keselesaan pergerakan bergantung kepada sebaik mana sendi-sendi pada badan berfungsi. Sendi terdapat di bahagian siku, bahu, pergelangan tangan, lutut, pinggul dan buku lali. Sendi yang sihat beroperasi seperti sebuah mesen yang disaluti dengan minyak pelincir yang secukupnya, disamping tulang yang dikusyenkan oleh bendalir sendi dan tisu penyambung yang membolehkan otot dan tendon serta setiap anggota bergerak dengan mudah. Dalam badan normal, tisu penyambung sentiasa dihasilkan dan diganti baru.

Cabaran Pada Sendi

Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menyebabkan tekanan terhadap sendi bertambah. Dalam jangka masa panjang akan menyebabkan kesihatan tisu penyambung sendi merosot. Dalam keadaan sebegini, tisu penyambung rosak dengan lebih cepat berbanding kadar pembentukan semula. Seterusnya menjadi punca pemula kepada masalah sendi yang lebih teruk.

Sendi Yang Sihat

Berikut adalah rupa sendi yang sihat. Terdapat beberapa komponen yang memainkan peranan penting pada setiap sendi.

Tulang Rawan 
- Bertindak sebagai kusyen, sebagai pelindung terhadap sendi.
- Membenarkan tulang-tulang untuk bergeluncur atas satu sama lain

Bendalir Sinovia
- Sebagai pelincir dalam sendi
- Memberi khasiat kepada tulang rawan

Komponen Lain
Tendon - Struktur berserat yang menghubungkan otot pada struktur tulang
Ligamen - Serat yang fleksibel yang mengikat tulang bersama

Sendi Yang Tidak Sihat

Rheumatoid Arthritis (RA)
- Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang sel sarah putih teraktif, menyebabkan bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
- Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA.

Osteoarthritis (OA)
- Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang bergesel antara satu sama lain.
- Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.

Seliuh
- Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi.
- Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.
Tendinitis
- Keradangan, kegatalan & bengkak pada tendon.
- Tendon hilang keanjalan akibat kecederaan, penggunaan berlebihan atau penuaan.

Simptom- Simptom Sendi Yang Tidak Sihat

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawa, anda berkemungkinan mengalami masalah sendi!
  • Ketegangan
  • Lenguh
  • Bengkak
  • Kesakitan
  • Berkeriut atau bunyi klik bising

Mereka Yang Berisiko Sakit Sendi

Antara golongan yang mudah mendapat sakit sendi ialah:
  • Wanita yang selalu memakai kasut tumit tinggi
  • Ahli sukan
  • Golongan berusia
  • Merekan yang mempunyai berat berlebihan
  • Mereka yang mengamalkan senaman secara berlebihan
  • Kanak-kanak sekolah yang membawa beg sekolah berlebihan had dan lain-lain lagi
Situasi sakit sendi yang disebabkan oleh penuaan:
  • Semakin meningkat usia, tulang-tulang kehilangan kalsium dan mineral menyebabkan kepadatan tulang turut berkurang.
  • Spina terdiri daripada tulang-tulang yang dipanggil vertebra. Antara setiap tulang terdapat gel (cakera intervertebral) yang bertindak sebagai kusyen. Batang spina menjadi lebih pendek apabila cakera-cakera beransur-ansur hilang bendalir, menjadi lebih nipis dan mampat.
  • Sendi-sendi menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Bendalir dalam sendi mungkin berkurang dan tulang rawan mula menggosok antara satu sama lain menyebabkan kesakitan.

Jadi, adakah anda salah seorang yang MENGALAMI KETIDAKSELESAAN SENDI? 

APAKAH SUPLEMEN YANG SESUAI untuk mengatasi ketidakselesaan sendi?


Advanced Joint Health Tablet 
ADVANE JOINT HEALTH
OSTEMATRIX
OMEGA GUARD
Advanced Joint Health Tablet, Ostematrix dan OmegaGuard adalah cadangan set suplemen terbaik untuk mengatasi ketidakselesaan sendi! :) KETAHUI FAEDAH PENGAMBILAN SUPLEMEN-SUPLEMEN BERKENAAN DALAM ENTRY YANG SETERUSNYA! :))


Hubungi saya untuk maklumat lanjut pengambilan vitamin semulajadi:

TIMAH BT AHMAD
Call/ SMS - 016-8679523

Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium!

Tapi tahu tak kalsium bukan hanya penting untuk tulang?


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!

Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.

Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.

Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.

Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.

Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.

Sumber diolah daripada: Life123

Oleh itu, pengambilan Vitamin Kalsium adalah sangat penting terutamanya bagi individu di akhir usia 20an dimana kandungan kalsium dalam tubuh sudah mula merosot.

Pilihan Kalsium Terbaik

Shaklee menyediakan pilihan makanan tambahan ataupun Vitamin Kalsium yang terbaik iaitu Ostematrix Shaklee. Ostematrix Shaklee adalah kalsium premium kerana:
- Mempunyai Vitamin D dan Magnesium
- Tidak diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
- Bukan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin semasa penyerapan mineral


Terbukti Secara Klinikal

Ostematrix Shaklee terbukti secara klinikal dengan hanya pengambilan 2 tablet kalsium Ostematrix dapat memberikan peningkatan ketara dari segi statistik paras kalsium dalam darah yang disukat dalam tempoh 12 jam.


Klik sini untuk membaca, Ostematrix Shaklee Kalsium Premium!


Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi - Timah bt Ahmad

016-8679523

FB:Timah Ahmad


*** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. 

Shaklee untuk kulit tangan kering

Testimoni ESP Shaklee: Kulit Sensitif Lebih Lembut


Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah antara produk 'hot-seller-item' yang sentiasa menjadi rebutan ramai. Buat yang masih belum tahu, Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah kaya dengan asid amino protein yang sangat bagus untuk pelbagai aspek kesihatan. Soya yang digunakan dibasuh dengan air dan bukannya alkohol. Malah, Energizing Soy Protein (ESP) dihasilkan daripada soya NON-GMO yang ternyata sangat selamat dan tiada kesan sampingan untuk pengamalnya melainkan individu tersebut sememangnya mempunyai allergy terhadap soya. 


Siapa yang boleh amalkan Energizing Soy Protein (ESP) ni?

- Yang nak cantik dan sihat kulit, rambut, kuku.
- Yang nak tambahkan berat badan.
- Yang nak turunkan berat badan.
- Ibu yang menyusukan bayi.
- Ibu bekerja yang nak buat stok EBM.
- Ibu yang nak tambahkan susu ibu.
- Individu yang mempunyai perut sensitif dan ada gastrik.
- Sebagai persediaan bulan Ramadhan untuk orang yang berpuasa dan sahur.
- Untuk individu yang selalu sibuk dan nak cepat.
- Untuk ahli sukan.
- Untuk orang sakit.
- Untuk orang yang selalu letih, tidak bermaya, lemah.
- Untuk orang sihat yang mahu menampung kekurangan nutrien seimbang dalam tubuh.

Haa ramai orang boleh amalkan Energizing Soy Protein (ESP) ni.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan testimoni salah seorang pengguna ESP. Kakak ni ambil ESP untuk perbaiki keadaan kulit tangan yang sensitif. ESP kaya dengan asid amino protin yang sangat penting dalam penghasilan sel-sel baru.

= Sebelumnya tangan merah-merah dan kering. Selepas amalkan ESP kulit tangan semakin pulih. Lebih lembut dan kemerahan pada kulit tangan semakin reda. Alhamdulillah senang kakak kita ni nak buat kerja rumah. Saya sangat faham memang tak selesa sangat kalau tangan macam tu. Sebab saya sendiri pernah kena!

ESP Shaklee

Testimoni

Keadaan tangan sebelum dan selepas amalkan ESP

Boleh klik sini untuk membaca, Kepentingan Asid Amino Protin ESP



Untuk maklumat lanjut Pengambilan Vitamin Semulajadi dan Pendaftaran Ahli Shaklee:

Hubungi - Timah bt Ahmad

016-8679523

Friday, 11 October 2013

Anemia

assalamualaikum..kalau semalam saya cerita pasal kekurangan zat besi khusus pd wanita hamil, hari ni saya nak berkongsi plak cerita kenapa sangat2 penting zat besi supaya hb preggy mommy stabil..jommm..article ni saya dpt masa blogwalking..di blog seorang doctor >>disini<<..so, preggy mommy, please be extra alert ye..bukan setakat makan asid folic dan minum susu dah cukup..

*************************************************************


arini nk cerita sket pasal anemia aka kekurangan darah merah atau hemoglobin(Hb) yg selalu berlaku pd wanita hamil... sepanjang pengalaman saya menjadi seorang doktor, memang sgt2 ramai ibu2 kite yg mengalami masalah ini....tetapi ramai yg tidak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung, betul x??patient sy pun rmi xtau..tetapi bila ade kesempatan sy akan explain pd mrk satu persatu supaya ada kesedaran dlm diri untuk berusaha menaikkan paras Hb...

sbnrnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dr NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Itu semua masalah untuk bayi...bagaimana pula kesannya pada ibu??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)
Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DGN BETUL HARI2, insyaallah Hb(kepekatan darah) ibu2 sekalin akan naik dgn cepat....


Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian, multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea. Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Kesannya, badan lebih bertenaga..cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.
Vita Lea
Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*


Dari segi makanan tambahan, Shaklee mengesyorkan pengambilan Vitalea utk mengatasi Hb rendah...


Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

•Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maximum di usus kecil
•The best multivitamin dlm public interest thn 2000. 
•Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sbnyk 65%
•Disokong oleh 7 kajian klinikal
•Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru
•Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..

tolong jangan ambik mudah perkara ni..sebab kebanyakan ibu2 hamil tak nak ambik multivitamin atau obimin masa hamil sebab mereka takut bayi mereka terlampau besar atau mereka akan jadi gemuk..tolonglah ye ibu-ibu..itu mentaliti yang sangat salah..kalau anda tidak mahu fikirkan tentang diri anda, fikirkan lah tentang bayi yang anda kandungkan..berikan mereka khasiat yang terbaik supaya tumbesaran mereka sempurna..
berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci..
Timah bt Ahmad@ Ummi Delisa---->>>SMS/WhatsApp:016-8679523

Info SIHAT

Tujuh kenapa kita perlukan Makanan Tambahan atau Supplement



Assalamualaikum..salam pd semua..entry kali ni, nak jelaskan kat semua org..actually ramai yg tanya saya..nape nak kena ambik supplements? padahal kita leh dapat itu semua dari makanan harian..sumber asli..fresh..hmmm..tak mo komen panjang2..this 7 sebab is antara sebab nya kita semua perlukan supplements dalam hidupan harian..
(sumber : surijunior


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.
2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.
3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.
4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.
5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.
6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.
7 - Kehilangan nutrien dalam makanan


Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

---------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website


Anda yg lain bagaimana? Masih terfikir2 lg nak ambik makanan tambahan atau pon tidak? Tak rugi mencuba demi permulaan kehidupan dengan kesihatan yg baik seisi keluarga..bak kata pepatah, sediakan payung sebelom hujan..pelaburan yg berbaloi..bila seisi keluarga anda sihat, kehidupan lebih ceria kan..setiap masalah ade penyelesaiannya..insyaallah..segalanya dengan izin Allah jua :)

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 016-8679523 atau FB:Timah Ahmad

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.